Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 1, 2018

Anika Puding

         


        PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-bahan:
* 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
* 1 peket agar-agar serbuk (10g)
* 4 cawan air
* 1 cawan gula pasir (buh 3/4 cawan pun ok)
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.

2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

Sunday, May 25, 2014

pUDING pERMATA


Resepi Puding Permata (Agar2 sumi) Sumber: Saji Nov’ 2000
::Bahan2:: 25 gm Agar-agar ½ tin Susu Cair 6 cawan Air 1 cawan Gula Agar2 sumi secukupnya ::Cara penyediaan:: Masak agar2 dengan air hingga larut.Masukkan gula.Biarkan mendidih dan masukkan susu cair.Kacau hingga mendidh sekali lagi. Susun agar2 sumi dalam acuan kemudian tuangkan agar2 hingga penuh.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Friday, January 25, 2013

Pai


Pastri:
5 cawan tepung gandum
150gram butter yg keras
Garam secubit
Air ais 3-4 sudu
Inti:
Daging cincang sepaket
Ubi kentang 3-4 biji ikut saiz
Herbs (oregano,rosemary,thyme,blackpepper and etc)
Susu 1/3 cawan atau cooking creme
Garam
Bawang besar Holland 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Air

Cara penyediaan:
1. Potong butter yg keras jd kiub kecil2 dan gaulkan dgn tepung dan secubit garam. Guna garpu. Pastikan semuanya sebati dan texture nya sama seperti bread crumbs iaitu lerai2. Kalau texture dah tepat, tak perlu tambah butter lg. Kemudian masukkan air sejuk dan gaul sehingga tepung xmelekat dan boleh di uli. Rehatkan dlm peti sejuk selama 20 min.
2. Tumis bawang yg di cincang dadu. Kemudian masukkan kentang yg di cincang dadu bersama daging cincang. Kacau dan tambah air dah biarkan semuanya empuk.
3. setelah semuanya empuk, masukkan semua herbs mengikut citarasa masing2, garam dan susu utk menambah rasa lemak. Pastikan texture inti xterlalu berair dan xterlalu kering.
4. Canai adunan pastri dan letak dlm bekas pie. Nak buat kecik2 pon boleh. Canai bg agak nipis dan sekata. Kalau terlampau tebal nnti tak sedap. Setelah itu, letakkan inti ke dalam pastri. tutup dengan adunan pastri yg lain. rapatkan keliling pastri dan tekan kelilingnya dngan garfu atau buat corak yg disukai. Toreh pastri atau cucuk dgn garfu supaya udara masuk. Sapu telur kuning di atas.
5. sebelum itu panaskan dulu oven selama 15 min dgn suhu 180 darjah celcius.
6. Masukkan pie. dan bakar selama 30 min. kalau masih belum garing, bakar lg selama beberapa minit.

Donut


Bahan-bahan
1kg tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
11gm mauripan
100gm planta
500ml air suam @ secukup untuk menguli
minyak untuk mengoreng
gula kastor untuk ditabur

Cara -cara
1.tepung gandum dan planta disatukan dan gaul rata
2.susu pekat manis dibancuh dengan air suam
3.masukan mauripan kedlm bancuhan air susu rehatkn dan bg naik
4.tuangkan bancuhan mauripan kedlm adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat ditangan
5.rehatkan doh selama 10-15minit atau naik 1 kali ganda dan tutup dengan kain
6.tumbuk doh tadi dan boleh dibentuk
7.selepas dibentuk rehatkan 5-10minit
8.panaskan minyak yang secukupnxa dan goreng dengan api yang kecil sehingga kekuningan
9.golekan dengan gula

* sekira adunan doh terlalu lembik boleh masukan sedikit tepung gandum *

Saturday, November 24, 2012

Puding triffle/pavlova


BAHAN-
Layer bawah:
1 biji kek berat (boleh guna kek span,kek Apollo, swiss roll, kek coklat dan lain-lain, bergantung pada anda sendiri. selalu buat kek appolo)

Layer tengah (custard):
20 gram agar-agar
4 sb tepung custard
4 sb gula pasir biasa ( 100g)
1 tin @ 400g susu sejat (apa-apa brand)

Layer atas custard:
1 tin fruit cocktail (apa-apa brand) @pun nata @pun buah segar strawberry,kiwi n peach

Layer paling atas (jelly):
100g air masak
1 peket  instant jelly  (serbuk agar-agar berwarna biasa je, tanpa perisa.  buat ikut arahan dari  peket tu. Air  guna air dari fruit coktail tapi tambahkan gula)

Cara:
1. Lapisan bawah: Potong kek lebih kurang 1 1/2inci dan susun pada dasar bekas segiempat 8”. Pastikan kek disusun padat,tuang sedikit jelly utk melekatkan kek
      (TUANG SAMA  PARAS KEK)
2. Lapisan custard: Dalam periuk masak agar2 hingga cair, campurkan  gula dan bila gula hancur masukkan tepung kastad yg tlah d bancuh dgn scawan air,kemudian masukkan susu cair kedlm bancuhan kastad. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau untuk elak berketul. Masak hingga adunan menjadi pekat. 

3. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan di atas kek yang disusun tadi.

4. Susun atau taburkan buah-buahan dari cocktail  @ pun nata
 dan masukkan instant jelly. Atau ikut arahan di belakang peket . Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan tuangkan di atas kastad yang sudah ditabur buah tadi (tuang perlahan-lahan untuk elakkan kastad terpecah,sudukan sedikit demi sedikit sampai jelly habis.)

6. Simpan dalam peti sejuk untuk sejam dua sebelum dihidangkan.

Tuesday, August 7, 2012

Lompat Tikam




Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam
C: Pulut merah
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
sedikit pewarna merah
D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara

Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2minit)
Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (masuk microwave - cepat)
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah ( masuk microwave - cepat)
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)

Kalau tak dak Mikrowave pulak.....
Cara 2:
Bahan-bahan:

( 10-12 mangkuk kecil )
*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur
*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam
*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul
Cara-cara
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

Untuk pulut tu.......


1 cwn pulut - direndam sebentar dgn pewarna merah/ pink.... kalo pink lagi comel hihihi
1/2 cwn santan cair- agak2lah..kalo nak lembut pulut leh letak byk sikit....


Ciklinn kerajinan ku kukus pulut nih.... cara- kukus pulut... separuh masak gaulkan dengan santan..then kukus lagi....... kalao korang nak cepat..... masak jer pulut tu dgn air n pewarna........


kalu nak masak jer pulut tu... 1 cwn pulut dan 1 cwn santan cair..