Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 24, 2012

Sup Rusuk Daging Sapi



Supnya
1 kg rusuk daging, di rebus hingga empok, air nya ditepikan untuk kuah sup-nya
1 inch halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
Rempah 4 sekawan, 1 kayu manis, 6 pelaga, 4 cengkih & 1 bunga lawang.
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai duan pandan
1 puchok daun ketumbar
1 batang lobak merah didadu kecil
2 batang celeri di potong dadu
3 biji ubi kentang didadu kecil

Cara - Supnya
Panaskan minyak di periok, masukan bahan2 halia, bawang besar & putih yang dikisar, letak rempah 4 sekawan dan daun pandan yang di ikat. Bila rempah nya bangkit, tuangkan kuah air rebusan rusuk daging, tapiskan kuah nya supaya bersih daripada cebis2 tulang rusuk. Letakan lobak,celeri & kentang dadu. Biarkan ia mendidih. Sajikan kesemua juadah dengan nasi putih dan cili api kicap manis.

Kari Daging Kasyhmir

Lamb Curry, Kari Daging Kashmiri. Bon Appetit


Bahan2nya
1 kg Daging Kambing - dipotong ketul2 besar
3 helai daun salam kering
7 buah pelaga
1 sudu teh bunga cengkih
2 batang kayu manis
1/2 sudu teh Jintan Manis
2 labu bawang besar (kunning) - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar cili kisar (Ikut citarasa)
3 sudu teh serbuk ketumbar
3 cili kering
3 inch halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat bersama halia
2 buah tomato dipotong dadu
1 sudu besar tomato puree
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 genggam daum ketumbar - dipotong kasar2 untuk khiasan
1/2 cawan minyak untuk menumis.

Cara2nya
Panaskan minyak di periok. Letakan daun salam kering dan bahan2 rempah biji2an, kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan bunga cengkih. Kemudian letakan bawang hiris, rempah2 serbuk kunyit dan ketumbar. Gaulkan dan gorengkan hingga bawang nya lembut dan letakan cili kisar, tomato buah dan tomato puree. Kacau hingga sebati. Kemudian letakan daging kambing. Letakan secawan air. Masak selama 45 mins, hingga daging nya masak dan empok. Sajikan dengan bawang merah goreng dan daun ketumbar. Anda pun boleh meletakan kentang goreng sebagai khiasan. Boleh dimakan bersama roti naan atau nasi2 berempah seperti, nasi arab, biryani atau nasi minyak. Selamat mencuba.

Puding Roti Karamel


bahan2nya;-
4 keping roti gardenia@roti2 lain pun xpa
3 biji telur
1 cawan susu pekat
2 cawan air suam
3 sudu gula(bt gula hangus)
1 sudu esen vanila

CARA2NYA;-
carik2kan roti..rendam dalam air suam td.
hanguskan gula dalam loyang..atas api sederhana.sejukkan
kisar roti bersama susu.
telur dipukul sebentar kemudian tapiskan.
masukkan dalam roti td.masukkan esen vanila..kisar lg sebentar.
panaskan kukusan.
masukkan bahan tadi ke dalam loyang yg berisi gula hangus td.
kukus hingga masak..anggaran 40 minit..cucuk dgn garfu utk pastikan puding dah benar2 masak..jika x melekat di garfu

Sup,Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos & Sayur )Pek Chye Masam Manis Nenas



Sup Ayam, Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos dan Sayur Pek Chye perasa masam manis nenas. Bon Appetit

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.
300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis

Bahan untuk sup
1 gengam daun sup
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
2 batang serai yang di titik
Air secukup untuk rebusan mesti lebihi paras ayam

Bahan untuk Nasi nya.
500 gm beras Basmathi - diremdam untuk 20mins
1/2 inch halia
3 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam, 1/2 inch lebihi paras beras nya

Bahan untuk sos nya
3 biji limau nipis kasturi
5 sudu besar cili kisar
3 sudu teh cuka/jus limau
Garam & gula secukup rasa, ikut citarasa

Cara2 untuk Sup - Bhg 1
Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam
secukup rasa, halia dan bawang putih yang dihiris kedalam periok bersama 1 kuib Knorr(Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min. Keluarkan ayam dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya tambahkan lobak merah,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang kayu manis. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Nasi Ayam - Bhg 2
Letakan 4 to 5 cawan kuah rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih, Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.

Cara2 untuk Ayam Panggang - Bhg 3
Gosokan serbuk kayu manis pada ayam yang sudah di rebus, sedikit garam dan madu. Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada 'Grill setting' atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C.Panggang ayam untuk 10mins sebahagian, kemudian pusingkan dan bakar lagi 8 -10mins atau bila kulit ayam menjadi gelap keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10 mins sebelum dipotong.

Cara2 untuk Sos nya - Bhg 4
Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus lemus dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakan cili api jika suka pedas lagi.

Untuk salad nya, boleh ikut citarasa masing

Monday, May 21, 2012

JONGKONG



Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh garam
3) 6 cawan santan
4) Gula secukupnya
1) 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
5) Daun pisang secukupnya (buat bakul)


Cara :

1) Gaul sebati santan dan garam.
2) Didalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama 4 cawan santan. Masak
dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal. Tutup api.
3) Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil 2
sudu makan tepung yang sudah masak dan letakdi atas daun pandan. Tambah gula
dan santan. Pastikan kanji tepung tadi tidak tertutup. Bungkus dan semat. Buat
hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam

Tuesday, May 15, 2012

Puding Karemal Lapis





puding karamel lapis coklat...sumber kak liza MR..simple n mudah...
bhn2
Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan dlm loyang] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan.(sy guna blender) Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dlm loyang yg berisi gula hangus tdi.. dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
4. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
5. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
6. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
7. Potong dan hidangkan.
*ketebalan setiap lapisan adunan tu terpulang pd selera masing2..

Sunday, May 13, 2012

Ketam 3 Rasa



Joha Hassan
Spicy Sweet & Sour Chilli Crab. Ketam 3 Selera. Bon Appetit.

Bahan2nya
1.5Kg Ketam segar - dibersihkan dan di belah dua.
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inch halia - dikisar
2 batnag serai - dikisar
3 sudu besar tomato sos
1 tin nenas - dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar - ikut citarasa kalau nak lebih pedas
1 sudu besar sos tirum
1 sudu teh kicap pekat manis
Garam & gula secukup rasa
1/2 sudu teh minyak bijan
1 cawan jus nenas
Minyak untuk mengoreng dan menumis
Daun lettuce, Sadri/Ketumbar - sebagai hiasan
Bawang goreng

Cara2nya
Panaskan minyak di kauli besar, letakan bawang2 dan bahan2 yang dikisar serta cili kisar. Bila ia mula bangkit, letakan tomato sos,sedikit minyak bijan, sos tirum dan air nenas. Letakan garam & gula secukup rasa. Rasa sos nya. Masukan nenas dadu dan gaulkan hingga sebati. Bila mendidih, letakan sedikit kicap pekat sedikit. Masukan Ketam yang sudah di potong dua, gaulkan bersama kuahnya. Tutup kualinya supaya ketam nya masak di dalam bagaikan di stim.

Sajikan ketam dipinggan besar. Tuangkan sosnya, letakan daun sup / ketumbar dan taburkan bawang goreng. Sajikan dengan nasi putih panas2.

Wednesday, May 9, 2012

Tapai Pulut



Bahasa-bahan:

1 kg beras pulut (basuh dan toskan)
1 biji ragi (ditumbuk halus)
Daun pisang / daun getah / daun keladi
Lidi untuk sepitkan daun
500ml air utk renjis/siram pada pulut

Cara membuatnya:
Kukus pulut dalam periuk kukusan sehingga naik wap, kemudian keluarkan pulut, siram dengan air dan gaulkan rata.
Selepas itu, kukus semula pulut sehingga naik wap lagi.
Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam / dulang dan ratakan.
Tunggu sehingga pulut sejuk (dalam 2-3 jam), kemudian ayakkan ragi di serata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan. Selepas itu, ayakkan lagi ragi tumbuk tadi ke permukaan pulut yang belum kena. Gaul rata.
Setelah digaul rata, kepalkan pulut sebesar bebola ikan kemudian bungkuskan pulut dalam daun pisang / daun getah / daun keladi.
Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
Peram selama 24-48 jam, barulah boleh dimakan.
Selamat mencuba...

Kek Cokelat Oreo



* Bahan A ( Diayak Bersama ) : -

280g Tepung Gandum
40g Serbuk Koko
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh soda Bikarbonat

* Bahan B : -

2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
280g Marjerin
200g Gula Halus
5 Biji Telur Ayam
1 Sudu Teh Esen Vanila
250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk )


* Cara Penyediaannya : -

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan

Monday, May 7, 2012

Mee Kuning

Bahan-bahan-
1 kilo tepung gandum cap ap-apa jer
pewarna kuning- serbuk lagi cantik colour mee tu nanti (serbuk kunyit je)
soda utk buat mee ( cari jer kat Giant)
air masak sejuk- lebih kurang 300ml
minyak & garam secukupnya

*CARA-CARA NYA*

1- Rendam soda dlm air masak yg tlh dicampur pewarna & garam lbh kurang 5 minit. Kemudian rasa dgn jari, rasa mcm licin bersabun & kemudian rasa samada air tu rasa payau/pahit...kalau tak rasa payau/pahit kira ok le...kalau rasa payau/pahit...tambah air...angkat soda dr bekas air. Soda dikeringkan & simpan....boleh digunakan berkali2 sampai habis...

2- Campurkan air soda sedikit demi sedikit ke dlm tepung tadi sehingga menjadi doh yg keras. Keras sikit jer dari rasa doh karipap tu...

3- Kemudian boleh mesin menjadi kepingan2, kena mesin 4/5 kali hingga jadi kepingan yg cantik...sambil tu panaskan air biasa didalam periuk untuk celur mee- Kalau guna tepung cap sauh 1,2 kali mesin dah cantik dah...

4- Kemudian mesin le guna bentuk mee.

5- Habis je mesin mee, celur mee di dlm air yg dimasak tadi (tak perlu mendidih sgt...air start mendidih sikit tu boleh le masukkan mee)

6- Kacau dgn cermat guna garpu...celur dalam 1 minit sahaja.(lagi cepat pun ok)

7- Toskan, basuh dengan aliran air paip- kalau guna tepung cap sauh jangan basuh pasal nanti cepat basi.

8- Toskan lagi & gaul dgn 1-2 sudu besar minyak masak dgn cermat.

9- Ok, siap le....nak goreng ke, sup ke, kari ke ....apa2 mee la...

Nota
1) utk tepung hovis, air untuk celur mee boleh celur untuk 2 kali sahaja- kalau lebih, mee cepat basi. Kalau tepung cap sauh boleh 4 kali
2) tepung sauh- tak perlu basuh mee selepas dicelur pasal tepung hovis sangat berkanji.
3) Ada yang cakap kalau letak telur 2 biji lagi menjadi- try le nanti apa bezanya.
4) Petua lain masa celur mee, air campur jugak dgn sedikit minyak...supaya mee tu tak melekat...
5) Nama soda tu ...batu soda tapi dlm English g tulis soda powder lak...
Sekian Ajer...Selamat Mencuba

Friday, May 4, 2012

Semperit


Bahan-bahan ( 60-70 biji )

1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh vanila
1½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder
½ camca teh garam
Ceri untuk hiasan<
Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan telur dan vanila. Kacau lagi hingga sebati.
Masukkan tepung-tepung dan garam yang disatukan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Gaul hingga habis.
Terap dengan acuan dan hias dengan hirisan ceri. Susun di loyang yang dilengserkan dengan mentega. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150C.

Masak Cili Padi Ketam n Ikan Sepat Asin



Bahan2nya
1.5kg Ketam segar, dibersihkan dan di belah dua
1 inch halia
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
200ml satan
4 biji bawang merah
1 sudu teh biji ketumbar
1 cawan air
1/4 sudu serbuk kunyit
2 batang serai yang dititik
1 kuib ikan bilis (optional)
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali atau periok besar, masukan rempah yang sudah di tumbuk halus, letak batang serai yang sudah di titik. Goreng ia sebentar hingga harum. Letak air secawan dan santan dan 1 kuib knorr ikan bilis. Gaulkan hingga rata. Letakan serbuk kunyit dan masukkan ketam2 yang sudah to belah dua. Letakan garam secukup rasa. Gaulkan hingga rata dan rasa kuah nya. Bila ketam menukar warna pada merah. Tutup api masakan nya, dan tutup tudung periok/kuali...Sajikan panas2 bersama nasi putih

Tuesday, May 1, 2012

SAMBAL SOTONG





Bahan-bahan

500 gram sotong putih (di potong kecil)

100 gram cili kering

3 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar (dipotong kasar)

3 ulas bawang putih

1 inci halia (dititik)

2 keping asam gelugor

Minyak masak untuk menumis

gula dan garam



Cara Memasak

Kisar cili kering, bawang kecil dan bawang puting sehingga halus.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.

Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.

kemudian masukkan halia, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak.

Sesuai dihidang dengan nasi lemak panas atau ubi rebus.

Slides of resepi foto



Resepi Slideshow: Khadijah’s trip from Pinang, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.