Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 24, 2012

Puding triffle/pavlova


BAHAN-
Layer bawah:
1 biji kek berat (boleh guna kek span,kek Apollo, swiss roll, kek coklat dan lain-lain, bergantung pada anda sendiri. selalu buat kek appolo)

Layer tengah (custard):
20 gram agar-agar
4 sb tepung custard
4 sb gula pasir biasa ( 100g)
1 tin @ 400g susu sejat (apa-apa brand)

Layer atas custard:
1 tin fruit cocktail (apa-apa brand) @pun nata @pun buah segar strawberry,kiwi n peach

Layer paling atas (jelly):
100g air masak
1 peket  instant jelly  (serbuk agar-agar berwarna biasa je, tanpa perisa.  buat ikut arahan dari  peket tu. Air  guna air dari fruit coktail tapi tambahkan gula)

Cara:
1. Lapisan bawah: Potong kek lebih kurang 1 1/2inci dan susun pada dasar bekas segiempat 8”. Pastikan kek disusun padat,tuang sedikit jelly utk melekatkan kek
      (TUANG SAMA  PARAS KEK)
2. Lapisan custard: Dalam periuk masak agar2 hingga cair, campurkan  gula dan bila gula hancur masukkan tepung kastad yg tlah d bancuh dgn scawan air,kemudian masukkan susu cair kedlm bancuhan kastad. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau untuk elak berketul. Masak hingga adunan menjadi pekat. 

3. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan di atas kek yang disusun tadi.

4. Susun atau taburkan buah-buahan dari cocktail  @ pun nata
 dan masukkan instant jelly. Atau ikut arahan di belakang peket . Sejukkan sebentar pada suhu bilik dan tuangkan di atas kastad yang sudah ditabur buah tadi (tuang perlahan-lahan untuk elakkan kastad terpecah,sudukan sedikit demi sedikit sampai jelly habis.)

6. Simpan dalam peti sejuk untuk sejam dua sebelum dihidangkan.

Tuesday, August 7, 2012

Lompat Tikam




Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam
C: Pulut merah
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
sedikit pewarna merah
D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara

Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2minit)
Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (masuk microwave - cepat)
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah ( masuk microwave - cepat)
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)

Kalau tak dak Mikrowave pulak.....
Cara 2:
Bahan-bahan:

( 10-12 mangkuk kecil )
*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur
*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam
*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul
Cara-cara
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

Untuk pulut tu.......


1 cwn pulut - direndam sebentar dgn pewarna merah/ pink.... kalo pink lagi comel hihihi
1/2 cwn santan cair- agak2lah..kalo nak lembut pulut leh letak byk sikit....


Ciklinn kerajinan ku kukus pulut nih.... cara- kukus pulut... separuh masak gaulkan dengan santan..then kukus lagi....... kalao korang nak cepat..... masak jer pulut tu dgn air n pewarna........


kalu nak masak jer pulut tu... 1 cwn pulut dan 1 cwn santan cair..

Laksam




Bahan-bahan ( 2-3 orang )

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
>> Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
>>cili:
cili merah
belacan
garam
limau
Cara-cara

Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Monday, August 6, 2012

kARI kEPALA IKAN GERUT




Bahan A

1 labu bwg besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan rempah daging citra klasik
2 sudu makan rempah kari ikan citra klasik
( atau boleh guna rempah babas tapi kena tambah daun kari dan halba campur)
3 tangkai cili kering potong potong
segenggam asam jawa perah air

bahan B

buah tomato, cili hijau, bendi/timun jika suka
daun ketumbar

* panaskan 1/4 cawan minyak masak, masukan bwg dancili kering, goreng hingga garing
* bancuh rempah rempah dan tuang ke dlam minyak tadi, masak hingga wangi
* masukan air asam jawa dan ikan, biar mendidih
* masukan garam dan lain lain bahan, angkat dan tabur daun ketumbar

Monday, July 30, 2012

Masalodi Ubi Kayu




3 cawan ubi kayu parut kasar kasar
1 bj cili merah potong
1 labu bawang besar mayang
1/2 cawan daun kari
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 cawan tepung gandum
ikan bilis sket jika suka
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit air utk lekatkan adunan
* gaul jer semua dan goreng hingga garing

Masak Salai Lemak Cili Padi




500g daging btg pinang, rebus dan potong nipis, taruh garam kunyit dan grill hingga garing
250ml santan pekat
250ml air
10bj cii padi hijau ~blender
2 ulas bwg putih~blender
1 labu bwg besar~blender
2 bj buah tomato
10bj belimbing buluh ( tapi kpau pakai timun jer sbb tkder buah tu)
1 sudu teh garam
3 btg serai diketuk
1 helai daun kunyit potong kasar
* masuk semua dlm periuk dan masak hingga mendidih..

Ketam Bercili Padi




1kg ketam, cuci, garam kunyit dan goreng separuh masak
2 sudu makan ibu sambal CItra Klasik
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 cawan air
sedikit minyak
2 ulas bwg putih
1bj telur
* paaskan minyak, masuk bwg putih dan biar garing, masuk ibu sambal, sos dan air, gula & garam, biar mendidih
* pecahkan telur dan putar sekejap, tuang dlm bahan mendidih dan biar kering
* masukan ketam goreng tadi, masak sekejap dan angkat

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan:

1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Asam keping
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan putih*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)

Cara-cara:

Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air (i masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).
Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi.
Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati.
Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.
Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi.
Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat.
Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.

Saturday, July 28, 2012

Mee Siam Traditional


.
Bahan2nya
Satu packet Mee Hoon - direndamkan dahulu kemudian di toskan.
Rempahnya
3 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
4 sudu besar towcho
5 sudu besar cili kisar (gunakan chili kering di kisar)
2 sudu besar udang kering
Bahan2 semua di kisar halus.
garam & gula (secukup rasa)
Air Assam (semangkok)
Semangkok santan (...asingkan semangkok santan pekat) atau (1 kotak - santan kara, gunakan separuh saja dulu.)
Bahan2 untuk sajian atas mee siam
5 biji Limau Kasturiditional
Tahu dipotong kechil dan di goreng
Daun Kuchai - di potong kechil2
Udang hidup - 500gm (di goreng dengan kulit nya di tepikan) Kepala udang dikisar halus. Perahkan jus air udang ke dalam mangkok untuk di campurkan dengan rempah untuk di masak sama.
4 biji telur rebus (di potong empat)
Sedikit Taugeh
Bawang goreng
Memasak-nya
Goreng rempah sampai wangi, bersama jus udang.
Bubuh setengah mangkok santan pekak.
2 cawan air,
Gula & garam secukup rasa.
Bila menidih(bahagikan dua) 1/2 untuk kuah nya.
Tambahkan santan cair, cili dan 3 cawan air kepada kuali / periok
garam dan gula (secukup rasa)
Kuah sudah menidih, buburkan mee hoon & taugeh, gaulkan sampai sebati.
Mee Hoon akan meresap kuah tadi menjadi merah jambu.
Bubur separuh udang hidup kedalam mee hoon, sedikit daun kuchai, di gaulkan.
Rempah untuk kuahnya,
masakkan semula 1/2 rempah kuah tadi, tambahkan santan cair,
3 cawan air dan 1 assam keping bersama chili kisar(2 sudu besar)
garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga menidih.

Mee Siam di sajikan bersama udang hidup, taburan daun kuchai, bawang goreng dan tahu goreng, 2/3 sudu besar kuah.
Letak 1/2 biji telur rebus dan limau kasturi.
Perah jus limau untuk membangkitkan rasa-nya.
Sedikit Sambal tumis jika perlu.

Kuih Cara




Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan + 1 cawan air pandan
1 biji telur
1 s/t pewarna hijau
Gula pasir secukupnya

Cara2
Blender semua bahan...senang je..
Panaskan acuan,sapu minyak sedikit..tuang adunan,masukkan sesudu gula pasir.
Tutup acuan dgn tutup periuk atau apa2 tutup pun boleh.
Tunggu sehingga masak & angkat

Kuih Kasui




BAHAN-BAHAN
A) 5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

B) 2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Panaskan kukusan.
2) Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3) Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4) Masakkan sehingga masak.
5) Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong.
6) Gaulkan garam dan kelapa.
7) Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

Friday, July 27, 2012

KEPAK AYAM GORENG N Potato wedges




5 ketul kepak ayam potong 2
2 sudu makan REMPAH AYAM GORENG CITRA KLASIK
1 bj telur
* gaul semua bahan dan goreng api sederhana hingga masak

POTATO WEDGES

2 ketul ubi kentang potong style wedges
1 sudu makan REMPAH AYAM CITRA KLASIK
1/4 cawan air
& gaul semua bahan dan goreng hingga garing
* jika ada masa, celur dulu sekejap ubi kentang supaya bila digoreng, garing diluar dan tersangat lembut di dalam..tapi kpau tkda masa, kakpau terus jer goreng

IKAN KEMBONG REBUS AIR ASAM




bahan A

1 cwn air
2 kpg asam gelugor
1/2 sudu teh garam
Sehelai daun kunyit
3 ekor ikan kembung

Bahan B

3 sudu makan sambal belacan kakpau
(resipi dah ada kan?)
1 bj tomato yg kecik udah ler
1 labu bawang besar yg kecik
1 sudu teh gula
Sedikit perahan lemon
1 sudu teh kerisik
* masukan semua bahan A kedlm periuk dan masak hingga air hampir kering. Jgn hangus pulak ye. Angkat ikan jer dan susun ikan dlm platter
*gaul semua bahan B dan tuang atas ikan rebus tadi

BROKOLI & TOFU JEPUN IN OYSTER SAUCE




bahan A
2 ketul soft japanese tofu di potong 4 dan goreng
3 ulas bwg putih kasi hantam sama dia
Secubit lada hitam
Sket rencah,ikan bilis atau seafood
1 tangkai cili merah

Bahan B

1cwn air
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 bj telur
Beberapa titik minyak bijan
1ketul brokoli

* panaskan. 2 sudu makan minyak masak, letak bwg putih dan semua bahan A kecuali tofu
* masukan sos tiram,garam,gula,minyak bijan dan air bercampur tepung jagung. Biar mendidih, tuang telur yg dikacau sekejap. Masuk brokoli, biar sekejap, masukan tofu, kacau rata dan angkat. Tabur sedikit bwg goreng..

Daging Goreng Ketumbar Jintan Manis




Bahan2nya
1kg Daging goreng (kambing atau lembu) di hiris tipis.
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh biji Jintan Manis
1 sudu teh biji Jintan Putih
1 inch halia
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa, lebihkan supaya merasa manis-nya
Kicap manis 2 sudu besar
Minyak masak - 1/2 cawan
1 biji bawang besar(jepun) di hiris bulat2
1/2 cawan air

Cara2nya
Goreng biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins saja atau bila bau nya keluar.Tumbuk rempah bersama halia dan bawang putih dan sedikit garam & gula. Sampai halus. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk, kunyit/ketumbar & jintan halus. Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi).Goreng daging yang berempah tadi,masukkan 1 batang kayu manis & 3/4 biji buah pelaga.Kacaukan daging supaya garing.Masukkan air dan biarkan daging di kauli dengan api yang sederhana.Buburkan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula supaya rempah dan daging merasa manis sedikit. Sajikan dengan kentang goreng

Wednesday, July 25, 2012

SAMBAL IKAN MASIN




2 tangkai cii merah
5 tangkai cili padi merah
2 ekor ikan masin cekik leher
(digoreng dan ambil isi, kpau guna ikan masin goreng lebihan sahur)
2 bj limau kasturi ambil jus
1/2 sudu teh gula
tak perlu garam sbb guna ikan masin
2 sudu teh air panas
* blender kasar, letak isi durian di sisi, kalau suka, gaul dgn durian, Kalau ada yg suka tempoyak, boleh campur

AYAM GORENG BERLADA TAHI MINYAK



( 10minit waktu proses)

bahan A

1 cawan santan di masak hingga hampir kering
1 /2 ekor ayam potong 8 dilumur garam kunyit & goreng hingga garing

Bahan B

100g ibu sambal citra klasik
4 bj buah keras
* blender hingga halus

Bahan C

sedikit minyak utk menumis
1 labu bawang besat potong bulat
2 sudu makan sos cili Thai

* panaskan minyak, masukan adunan ibu sambal , masak 3 minit
* Masukan bahan A dan C, kacau hingga bawang layu sedikit, angkat dan sedia utk dihidangkan..( tk perlu tambah garam sbb ibu sambal dah cukup garam

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH




Bahan A

1/4 cawan minyak masak
100g bwg besar mesin halus
20g bwg putih mesin halus
50g REMPAH ASAM PEDAS CITRA KLASIK

Bahan B

1,000ml air
150g asam jawa
Pilihan terung atau bendi
2 bj buah tomato belah 4

*panaskan minyak, tumis bwg yg dimesin, masukan rempah asam pedas citra klasik, kacau rata. Bancuh asam jawa dgn 1 liter air, tapis dan tuang ke dalam periuk. Biar mendidih, masukan kepala ikan metah dan terung, biar mendidih lagi sekali baru masukan buah tomato. Biar sekej, kemudian angkat.
* tk perlu tambah garam sbb rempah ni dah complete dgn garam, gula, bunga kantan dan daun kesum.
AYAM BALI KREMES BEREMPAH


bahan
1 ekor ayam potong 16
100g REMPAH AYAM GORENG CITRA KLASIK
3 btg serai
50g lengkuas
1 labu bwg besar
5 bj buah keras
1bj telur
* cuci ayam dan toskan.
* blender buah keras, serai, lengkuas, bwg besar dan telur. Campur semua bahan dan gaul dgn ayam, perap 10 minit.
*panaskan minyak api sederhana, goreng ayam hingga garing, tabur daun kari sebelum angkat ayam, biar sekejap baru angkat ayam dan toskan minyak..
*masukan rencah rencah lebihan gaul dgn ayam tadi, goreng hingga garing dan letak atas ayam

Tuesday, July 24, 2012

SAMBAL GORENG PARU DGN SOON



Bahan
1 mangkuk paru siap goreng dgn garam kunyit
(kakpau selalu goreng byk2 dan simpan kt freezer)
1/2 mangkuk soon direndam
T1 sufu teh kerisik
1 sudu mkn gula
1/2 sufu teh garam
2 sudu makan IBU SAMBAL CITRA KLASIK
1 labu beg besar potong dadu
* msukan 2 sudu mkn minyak ke dlm kuali, goreng bwg besar hingga layu. Masukan semua bahsn lsin dan kacau rata. Siap utk dihidang.

sAYOR pETOLA




Bahan A
2 ulas bwg puti dicincang
1/2 labu bwg besar dimayang
1 tangkai cili merah dimayang
sedikit ikan bilis
2 sudu maka minyak masak

Bahan B

1 bj petola dipotong kecil2
1bj telur
500ml air
1 sudu teh garam
sedikit gula
1/2 cawan soon potong pendek2

* panaskan minyak, masuk semua bahan A dan masak hingga garing
* masukan air, garam, gula, petola dan biarkan mendidih. Pecahkan telur , biar sekejap , jgn dikacau
* masukan soon, kacau sekejap dan angkat. sedia utk dihidang

Monday, July 23, 2012

biskut jintan hitam..


bahan2nya ialah
500g tepung gandum
1biji kuning telur
1/2 cawan gula halus
minyak masak utk uli

Cara-cara
tekan denganacuan macam buat kuih bakar.Kemudian bkar dlm oven

Kari Ketam Massala




Bahan2nya
2 kg Ketam dibersih dan di belah dua jika besar.
2 sudu besar Rempah Massala (biji ketumbar, jintan, kayu manis,bunga lawang,buah pelaga) disanggar dan di tembuk halus.
3 sudu besar bawang kisar
6 biji cili api - ditumbuk halus/Cili kisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar serbuk kari daging
1 inch halia di kisar
1/2 inch kunyit hidup di kisar
2 batang serai dititik
3 sudu besar santan pekat (Krim santan)
1 cawang air
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, letakan serai yang di titik,bahan2 yang di kisar dan serbuk rempah massala dan 1 batang kayu manis. Biarkan ia goreng sebentar di dalam minyak hingga, bangkit aroma nya kemudian letakan serbuk kari dan gaulkan biar sebati. Tuangkan krim santan dan air secawan. Masukan ketam2 dan gaulkan bersama rempah kuah kari. Taburkan daun kari dan sedikit garam secukup rasa. Tutupkan tudong periok, kecilkan api, biarkan ia masak dalam 8mins. Kuah nya biarkan pekat sedikit. Sajiikan dengan
nasi putih panas.

Wednesday, July 18, 2012

-bUAH mELAKA




Bahan-bahan:
tepung pulut
Air daun pandan secukupnya (Akak gunakan pandan paste dengan air )
gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus (Akak panaskan sekejap dalam microwave baru gaul garam ~ untuk elak dari mudah basi)

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.
8. Siap untuk di hidangkan.




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan n Selamat Berpuasa

Cek Mek Molek


Bahan-bahan:
1) Ubi keledek rebus (Beberapa ketul)
2) Tepung gandum (1 cawan)
3) Gula (5 sudu)
4) Garam (secukup rasa)
5) Minyak untuk menggoreng (secukup rasa)

Cara memasak:
Masukkan ubi keledek (dibuang kulit ), air, dan garam ke dalam periuk. Tutup periuk dan biar hingga ubi keledek empuk.
Tumbuk keledek satu persatu hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Campurkan dengan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat kecil dan leperkan.
Masukkan gula di bahagian tengah.
Rapatkan bahagian tepi. Bentukkan membujur.
Goreng hingga masak. Angkat dan hidang.

Coklat Kek Moist




Bahan :
250gm butter
2 1/2 cawan gula halus
5 biji telur
secubit garam
1 tsp esen vanilla

2 3/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder } di ayak sekali
1 tsp baking soda }

1 cawan koko } di larutkan
2 cawan air }

Cara :
Pukul butter dan gula hingga gebu kemudian masukkan telur. Pukul lagi hingga kembang.

Masukkan bahan2 kering yg telah diayak ke dalam adunan yg telah di pukul berselang-seli dgn koko yg telah dilarutkan didalam air. Kacau rata. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

Muffin blueberry




Bahan-bahan :

225gm Butter
280gm gula caster
3 biji telur
530gm tepung superfine
25gm baking powder
315gm susu segar
180gm inti blueberry

Cara :
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sambil adunan dipukul perlahan
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit, sambil
diselang selikan dengan susu segar.
4. Tuan Sedikit adunan muffin ke dlm acuan muffin, masukkan sedikit inti blueberry dan tutup sedikit lagi adunan (jgn terlalu penuh muffin akan mengembang). Jika suka, letakkan sedikit lagi inti blueberry di atas adunan seblum dibakar pada suhu 160C - 180C. Bakar sehingga masak.

Cake Carrot




Bahan2 :
4 biji telur
2 cawan carrot diparut di goreng kering
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
1 tsp bicarobonate soda - rata
1 tsp garam
1/2 cawan orange juitce (sunquick orange)
1/2 cawan walnut
1/4 cawan raisin
1 tsp esen vanilla

Cara2:
1. Gepung diayak bersama bicarbonate soda
2. Telur, carrot, gula , minyak, garam dan orange juice dikacau rata. Masukkan walnut dan raisin gaul rata. Masukkan tepung dan esen vanilla dan kacau lagi hingga rata.
3. Tuang dlm acuan 8" bulat dan dibakar selama lebih kurang 45mins atau hingga masak pada suhu 160C - 180C

Untuk topping :

100gm cream cheese
20gm butter
1 cawan gula aising
1/8 tsp esen lemon

Cara :
Putar hingga sebati dan sapu atas kek.

Kuih Cara




Bahan-bahan:
3 cwn tpung gandum
3 cwn santan
sedikit paste pndan
sedikit pewarna hijau -(apa2 warna pun boleh)
sedikit garam

utk tgh nya:
sedikit gula pasir

Cara:
-blend semua bhn hingga sebati(kecuali gula)
-panaskan acuan, sapukan minyak sikit
-sudu kan adunan, separuh jer...bubuh
sedikit gula,
-pastu isikan lagi adunan bagi penuh.
-buatlah smpai habis..
-tutup acuan dgn tutup periuk.
-bakarlah hgga masak.

Puding Roti Karamel




Bahan-bahan;-
Bhn: 4 keping roti- guna gardenia(apa-apa brand)
2 cwn air suam
1 cwn susu pekat manis 1sdk esen vanila
3 biji telur 3 sdb gula pasir
Cara: -
masukan gula pasir dlm loyang -masakan (api slow) hingga perang, angkat-biarkan sejuk. -kocakkan telur dgn garfu jer-tepikan. -roti dicarik2 rendamkan dgn air suam. blender laa sampai halus -pastu masukan susu pekat & esin vanila-blend lagi. -pastu masukan telur-kacau rata n sebati.. - tuangkan adunan keatas gula hngus(kreamel) tdi. -panaskan kukus dulu-pastu kukus 30mnit~hngga masak. - biarkan sejuk dulu- baru di terbalikan. -hidang

KEK sPAN vANLLA


BAHAN-BAHAN

130gm gula kastor(mcm biasa dikurangkan 120gm)
15gm (1/2 sudu besar) ovellete
5 biji telur gred B (250gm)
125gm tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
40gm air
1 sudu teh esen vanila
70gm mentega cair/ minyak masak..(of course i prefer mentega cair)

Cara:
1. Satukan ovellete, gula, telur, serbuk penaik, dan tepung ke dalam sebuah mangkuk pengadun.
2. Pukul kelajuan perlahan beberapa minit untuk menyebatikan adunan dan tukar kelajuan maksima selama 5 minit hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan air yang dicampur esen vanila dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit lagi. coleh adunan dengan jari dan pastikan ia pekat dan tidak menitik.
4. tuangkan minyak dan gaul dengan senduk kayu atau pemukul telur sehingga sebati. ( tp kirah campurkan dengan sedikit adunan tepung tadi bersama mentega cair atau minyak n masukkan dalam mangkuk yang besar yang ada lebihan adunan... sebab bimbang minyak x sebati nanti.
5. Sediakan sebuah tin pembakar 8 inci atau 9 inci. griskan dan lapikkan kertas.
6. tuangkan adunan n bakar 180'c selama 45 minit atau sehingga kek masak ... oven kirah dalam 160'c ..ikut oven masing2.
7. Setelah masak telangkupkan kek selama 5 minit agar permukaannya tidak mendap. terbalikkan semula dan keluarkan kek dari tin untuk disejukkan.

Bahan Kek Keju Mangga:
Resepi:
1 biji kek span vanila - dibelah dua and diletakkani dalam dasar tin bulat 9 inci (loose tin)

kek keju:
250gm keju krim
90gm gula kastor
250gm krim putar UHT
60gm air
15gm gelatin halal
2 biji mangga masak (dipotong dadu)
80gm mangga & sedikit air (dikisar untuk jadi puri)

cara-cara:
1. Membuat kek: Pukul krim putar hingga kembang dan pekat. Simpan dalam peti sejuk sebentar.
2. Dalam bekas lain,pkul keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim. Masukkan puri mangga dan kacau sebati.
3. Satukan gelatin dan air dalam sebuah periuk kecl. panaskan atas double boiler atau api yang kecil hingga gelatin cair. sejukkan gelatin hingga suam.
4. Tuangkan gelatin ke dalam adunan keju diikuti krim putar. gaul sebati adunan ini dan masukkan buah mangga dadu.
5. Tuangkan adunan ke atas lapisan kekspan yang dipotong separuh. Ratakan dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sehingga ia keras.

Tuesday, July 17, 2012

puding biskut cheese



13gm agar serbuk/tali
1liter air
120gm air
3 biji telor
satu bungkus kcil biskut cheese(80gm)
1s/bsr tpng kastad
1tin susu cair
200gm susu pekat
1s/bsr butter
masak agar2 bersama air hinggan hancur
masuk gula~kacau lg
blend biskut bersama susu cair
pukul telor~sebati
masukkan bhn blend,susu pekat dan telor kedlm adunan agar2 td
apabila mndidih,tutup api dan masukkan butter
kacau hngga butter larut dan sebati
tuang dlm loyang dn hdang sejuk

Apom Palkadot




Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Wednesday, July 11, 2012

Mashed Potatoes




Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.

Lepat Cendol


Bahan-bahan

400gm cendol
1 cwn tepung jaggung
1 sdb tepung hoen kwee (yg putih)
1 cawan gula pasir ( kurang kan x nak manis)
1 kotak santan + 4 cwn air
1/2 sd garam
2 helai daun pandan simpul
Daun pisang utk bungkus (mana yg suka nak bungkus)


Caranya

Satukan tepung, garam, santan , daun pandan ke dlm periuk
Masak di atas api yg sederhana dan di kacau selalu hingga pekat dan licin
Setelah itu masukan cendol kacau rata dan sebati
Ambik 2 sudu adunan letakan atas daun pisang dan dibungkus mcm kuih lepat
Masuk dlm peti sdp di makan sejuk

Lepat Liat


Bahan2
250 g tepung pulut
60 g tepung beras
250 g gula merah
125 g gula putih
1/2 biji kelapa (santan)
75 g kelapa parut putih + sedikit garam
daun pisang secukupnya




Cara
1. Masak gula merah dan gula putih dan santan
2. apabila menggelegak tutup api...
3. Campurkan tepung beras dan pulut
4. Gaul rata dan tambah air sekiranya perlu
5. Ambil sekeping daun pisang dan sudukan adunan
6. letak sesudu kelapa parut dan bungkus kemas.
7. Ulang hingga selesai

Biskut Dahlia


BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
75 gm tepung jagung
125 gm tepung kastad
175 gm tepung gandum
ceri merah/ coklat chip sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.

Monday, July 9, 2012

Udang Goreng Kunyit. Fried Tumeric Prawns. Bon Appetit.




Bahan2nya
500gm Udang segar - dipotong hujung kepala & ekornya
1 biji bawang besar di hiris
1 chili hijau - di hiris
1 chili merah - di hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lemon - ambil jusnya atau air assam 1/2 mangkuk
2 sudu besar bawang goreng
1 biji buah tomato, dipotong empat.
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk memasak - 2 sudu besar
Daum Ketumbar sebagai hiasan.

Cara2nya
Panaskan minyak di kauli. Masukkan bahan yang sudah di hiris. Bila bawang mula layu masukan udang, gaulkan udang supaya sebati. Taburkan serbuk kunyit, garam dan gula. Rasa kuahnya. Masukkan air assam / jus lemon dengan sedikit air. Kuahnya mesti, massam & manis. Gaulkan kemudian rasa ikut cita rasa. Angkat Udang dan sajikan dengan daun ketumbar. Masakan nya tidak sampai 15mins

Fried Black Pepper Prawns with capsicum. Udang Goreng Lada Hitam bersam cili bol. Bon Appetit.


Bahan2nya
500gm Udang Segar (Tiger Prawns) - dibersihkan.
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 biji cili bol (capsicum) - dipotong dadu
2 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat
1/2 sudu teh biji ketumbar - ditumbuk lumat
1/2 inch halia - ditumbuk lumat
1 tangkai - daun ketumbar - di potong kasar
Garam & gula secukup rasa
4 sudu besar Minyak Canola untuk di goreng

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan rempah yang di tumbuk lumat, bawang kisar. Bila aroma rempah mula bangkit masukan Udangnya. Gaulkan hingga sebati.
Letakan garam & gula dan taburkan daun ketumbar di dalam. Minyak kauhnya biarlah manis sedikit. Masukan Cili Bol (Capsicum) yang di potong dadu.Gaulkan untuk 5 mins. Udang sudah masak bila kulit nya berwarna merah. Sajikan panas2 bersama nasi putih

Monday, July 2, 2012

Tandoori Chicken.Bon Appetit




Bahan2nya
1 kg Peha Ayam - dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek - halba
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya - ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih - ditumbuk halus/kisar
4 sudu besar tairu biasa
1 inch halia - ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah

Garam secukup rasa
2 biji lemon - perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris tipis (optional - dipanggang bersama ayam dikuali grill)

Cara2nya
Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk2 kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat. Gaulkan pada peha2 ayam. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 - 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas - 1 jam. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C - 200C. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C - 160C. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda2 bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi & kari ikan atau kari sayur2an.

Saturday, June 16, 2012

Banana, Orange & Strawberry Sherbet punch

Banana, Orange & Strawberry Sherbet punch.Bon Appetit




Bahan2nya
1lit jus oren - pilih lah yang natural
5 biji buah pisang segar
8 biji buah strawberry segar
1 biji buah lemon - perahan jus nya.

Cara2nya
Tuangkan jus oren kedalam blender, potong hiris buah2 pisang dan potongan buah strawberry. Blen semua dan alihkan ke cawan atau gelas di letak di peti sejuk. Letakan hirisan strawberry dan hirisan buah pisang kedalam gelas...biarkan di peti ais untuk di bekukan atau untuk di minum sejuk sahaja....letakan sedikit jus lemon kedalam setiap gelas...Selamat mencuba...Bon Appetit.

Sunday, June 10, 2012

Ayam Panggang Lemak Temasek, bersama sambal belacan tomato dan taugeh urap





Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
1.5 inch halia
1.5 inch lengkuas
1.5 inch kunyit sagar
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 helai daun limau perut
1/2 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)
4 biji buah keras
Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
2 batang serai di titik saja
400ml santan cair
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.

Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.
Sajikan dengan sambal belacan, dan urap taugeh.

(Urap Ringkas) lebihan rempah ayam temasek di gaulkan bersama kelapa goreng dan daun limau perut, garam dan gula

Thursday, May 24, 2012

Sup Rusuk Daging Sapi



Supnya
1 kg rusuk daging, di rebus hingga empok, air nya ditepikan untuk kuah sup-nya
1 inch halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
Rempah 4 sekawan, 1 kayu manis, 6 pelaga, 4 cengkih & 1 bunga lawang.
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai duan pandan
1 puchok daun ketumbar
1 batang lobak merah didadu kecil
2 batang celeri di potong dadu
3 biji ubi kentang didadu kecil

Cara - Supnya
Panaskan minyak di periok, masukan bahan2 halia, bawang besar & putih yang dikisar, letak rempah 4 sekawan dan daun pandan yang di ikat. Bila rempah nya bangkit, tuangkan kuah air rebusan rusuk daging, tapiskan kuah nya supaya bersih daripada cebis2 tulang rusuk. Letakan lobak,celeri & kentang dadu. Biarkan ia mendidih. Sajikan kesemua juadah dengan nasi putih dan cili api kicap manis.

Kari Daging Kasyhmir

Lamb Curry, Kari Daging Kashmiri. Bon Appetit


Bahan2nya
1 kg Daging Kambing - dipotong ketul2 besar
3 helai daun salam kering
7 buah pelaga
1 sudu teh bunga cengkih
2 batang kayu manis
1/2 sudu teh Jintan Manis
2 labu bawang besar (kunning) - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar cili kisar (Ikut citarasa)
3 sudu teh serbuk ketumbar
3 cili kering
3 inch halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat bersama halia
2 buah tomato dipotong dadu
1 sudu besar tomato puree
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 genggam daum ketumbar - dipotong kasar2 untuk khiasan
1/2 cawan minyak untuk menumis.

Cara2nya
Panaskan minyak di periok. Letakan daun salam kering dan bahan2 rempah biji2an, kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan bunga cengkih. Kemudian letakan bawang hiris, rempah2 serbuk kunyit dan ketumbar. Gaulkan dan gorengkan hingga bawang nya lembut dan letakan cili kisar, tomato buah dan tomato puree. Kacau hingga sebati. Kemudian letakan daging kambing. Letakan secawan air. Masak selama 45 mins, hingga daging nya masak dan empok. Sajikan dengan bawang merah goreng dan daun ketumbar. Anda pun boleh meletakan kentang goreng sebagai khiasan. Boleh dimakan bersama roti naan atau nasi2 berempah seperti, nasi arab, biryani atau nasi minyak. Selamat mencuba.

Puding Roti Karamel


bahan2nya;-
4 keping roti gardenia@roti2 lain pun xpa
3 biji telur
1 cawan susu pekat
2 cawan air suam
3 sudu gula(bt gula hangus)
1 sudu esen vanila

CARA2NYA;-
carik2kan roti..rendam dalam air suam td.
hanguskan gula dalam loyang..atas api sederhana.sejukkan
kisar roti bersama susu.
telur dipukul sebentar kemudian tapiskan.
masukkan dalam roti td.masukkan esen vanila..kisar lg sebentar.
panaskan kukusan.
masukkan bahan tadi ke dalam loyang yg berisi gula hangus td.
kukus hingga masak..anggaran 40 minit..cucuk dgn garfu utk pastikan puding dah benar2 masak..jika x melekat di garfu

Sup,Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos & Sayur )Pek Chye Masam Manis Nenas



Sup Ayam, Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos dan Sayur Pek Chye perasa masam manis nenas. Bon Appetit

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.
300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis

Bahan untuk sup
1 gengam daun sup
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
2 batang serai yang di titik
Air secukup untuk rebusan mesti lebihi paras ayam

Bahan untuk Nasi nya.
500 gm beras Basmathi - diremdam untuk 20mins
1/2 inch halia
3 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam, 1/2 inch lebihi paras beras nya

Bahan untuk sos nya
3 biji limau nipis kasturi
5 sudu besar cili kisar
3 sudu teh cuka/jus limau
Garam & gula secukup rasa, ikut citarasa

Cara2 untuk Sup - Bhg 1
Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam
secukup rasa, halia dan bawang putih yang dihiris kedalam periok bersama 1 kuib Knorr(Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min. Keluarkan ayam dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya tambahkan lobak merah,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang kayu manis. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Nasi Ayam - Bhg 2
Letakan 4 to 5 cawan kuah rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih, Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.

Cara2 untuk Ayam Panggang - Bhg 3
Gosokan serbuk kayu manis pada ayam yang sudah di rebus, sedikit garam dan madu. Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada 'Grill setting' atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C.Panggang ayam untuk 10mins sebahagian, kemudian pusingkan dan bakar lagi 8 -10mins atau bila kulit ayam menjadi gelap keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10 mins sebelum dipotong.

Cara2 untuk Sos nya - Bhg 4
Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus lemus dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakan cili api jika suka pedas lagi.

Untuk salad nya, boleh ikut citarasa masing

Monday, May 21, 2012

JONGKONG



Bahan-bahan:-

1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh garam
3) 6 cawan santan
4) Gula secukupnya
1) 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
5) Daun pisang secukupnya (buat bakul)


Cara :

1) Gaul sebati santan dan garam.
2) Didalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama 4 cawan santan. Masak
dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal. Tutup api.
3) Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil 2
sudu makan tepung yang sudah masak dan letakdi atas daun pandan. Tambah gula
dan santan. Pastikan kanji tepung tadi tidak tertutup. Bungkus dan semat. Buat
hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam