Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 7, 2012

Lompat Tikam




Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam
C: Pulut merah
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
sedikit pewarna merah
D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara

Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2minit)
Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (masuk microwave - cepat)
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah ( masuk microwave - cepat)
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)

Kalau tak dak Mikrowave pulak.....
Cara 2:
Bahan-bahan:

( 10-12 mangkuk kecil )
*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur
*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam
*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul
Cara-cara
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

Untuk pulut tu.......


1 cwn pulut - direndam sebentar dgn pewarna merah/ pink.... kalo pink lagi comel hihihi
1/2 cwn santan cair- agak2lah..kalo nak lembut pulut leh letak byk sikit....


Ciklinn kerajinan ku kukus pulut nih.... cara- kukus pulut... separuh masak gaulkan dengan santan..then kukus lagi....... kalao korang nak cepat..... masak jer pulut tu dgn air n pewarna........


kalu nak masak jer pulut tu... 1 cwn pulut dan 1 cwn santan cair..

No comments:

Post a Comment