Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 24, 2012

Sup,Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos & Sayur )Pek Chye Masam Manis Nenas



Sup Ayam, Ayam Panggang Madu Cicah Cili Limau Sos dan Sayur Pek Chye perasa masam manis nenas. Bon Appetit

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.
300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis

Bahan untuk sup
1 gengam daun sup
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
2 batang serai yang di titik
Air secukup untuk rebusan mesti lebihi paras ayam

Bahan untuk Nasi nya.
500 gm beras Basmathi - diremdam untuk 20mins
1/2 inch halia
3 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam, 1/2 inch lebihi paras beras nya

Bahan untuk sos nya
3 biji limau nipis kasturi
5 sudu besar cili kisar
3 sudu teh cuka/jus limau
Garam & gula secukup rasa, ikut citarasa

Cara2 untuk Sup - Bhg 1
Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam
secukup rasa, halia dan bawang putih yang dihiris kedalam periok bersama 1 kuib Knorr(Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min. Keluarkan ayam dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya tambahkan lobak merah,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang kayu manis. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Nasi Ayam - Bhg 2
Letakan 4 to 5 cawan kuah rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih, Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.

Cara2 untuk Ayam Panggang - Bhg 3
Gosokan serbuk kayu manis pada ayam yang sudah di rebus, sedikit garam dan madu. Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada 'Grill setting' atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C.Panggang ayam untuk 10mins sebahagian, kemudian pusingkan dan bakar lagi 8 -10mins atau bila kulit ayam menjadi gelap keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10 mins sebelum dipotong.

Cara2 untuk Sos nya - Bhg 4
Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus lemus dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakan cili api jika suka pedas lagi.

Untuk salad nya, boleh ikut citarasa masing

No comments:

Post a Comment