Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 9, 2012

Tapai Pulut



Bahasa-bahan:

1 kg beras pulut (basuh dan toskan)
1 biji ragi (ditumbuk halus)
Daun pisang / daun getah / daun keladi
Lidi untuk sepitkan daun
500ml air utk renjis/siram pada pulut

Cara membuatnya:
Kukus pulut dalam periuk kukusan sehingga naik wap, kemudian keluarkan pulut, siram dengan air dan gaulkan rata.
Selepas itu, kukus semula pulut sehingga naik wap lagi.
Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam / dulang dan ratakan.
Tunggu sehingga pulut sejuk (dalam 2-3 jam), kemudian ayakkan ragi di serata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan. Selepas itu, ayakkan lagi ragi tumbuk tadi ke permukaan pulut yang belum kena. Gaul rata.
Setelah digaul rata, kepalkan pulut sebesar bebola ikan kemudian bungkuskan pulut dalam daun pisang / daun getah / daun keladi.
Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
Peram selama 24-48 jam, barulah boleh dimakan.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment