Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 18, 2011

Tat Nenas Nyonya(Kak Jee)

TART NENAS NYONYA ( RESEPI KAK JEE )


Adunan dapat anggaran 50 KE 60 BIJI

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

IKUT CARE KAK JEE...
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan.

Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.

**KAKZU GUNE ACUAN TEKAP BENTUK BUNGE 5 KELOPAK YANG BESAR...BUAT BULAT2 ..TEPEK2 KASIK NIPIS....TEKAP NGAN ACUAN...MASUKKAN DALAM PAPER CUP..LETAK INTI BULAT2..LAST SEKALI BAKO.

No comments:

Post a Comment